Bulan Madu Boutique, Kemaman, Terengganu.

Assalamualaikum dan hi :)

Entri kali ni, Mimi nak share dengan korang salah satu butik yang menjadi pilihan Mimi iaitu Bulan Madu Boutique. Bestkan nama butik ni, Bulan Madu. Sesuai lah untuk ladies yang nak berbulan madu tapi taktahu nak bulan madu kat mana, so jom datang sini!

Untuk pengetahuan semua, butik ni terletak di Kemaman, Terengganu. So, orang Kemamang atau Ganu atau hok berdekatan, meh singgah sini, takyah gi jejauh, kalau nak cari outfit yang terbaik! :D

Dari luar, butik ni memang cantik sangat! Color pink gitu. Hehe. Cantik kan? Tengok tu haa selipar kat luar pun banyak. Bukan selipar owner butik bebanyak tu, tapi ofcozlah selipar pelanggan!


Butik ni pun ada banyak sangat pilihan blouse ke top ke skirt ke shawl ke apalah. Seyes! Memang tak nyesal datang sini. Trust me, dari yang nak cuci mata je, nanti korang mesti grab barang sorang satu takpun mungkin lebih. Hahaha. Sebab memang rambang mata oi! Dan yang paling penting pakaian kat sini pun sentiasa up to date.




Pastu, yang paling Mimi suka pasal Bulan Madu Boutique ni, mestilah sebab banyak sangat pilihan palazo. Lagipun kat Kemaman ni tak banyak sangat butik yang jual palazo. So, ni lah salah satu tempatnya. Plus, sekarang ni kalau ada event ke, Mimi lagi selesa pakai palazo dari jeans sebab lagi mudah dan selesa bila nak berjalan. Dalam erti kata lain nak berlari pun boleh. Hihi

Ni pulak antara shawl yang paling HOT dekat butik ni! Allure Cotton Shawl tak silap Mimi. See, shawl pun banyak pilihan warna kan. Guaner dok rambang mata hoo. Selain shawl ni ada juga lagi shawl lelain macam chiffon shawl, instant shawl dan lain lagi lah.



Selain pakaian, butik ni pun ada juga jual benda lain tau, macam makanan, skincare dan memacam lagi lah. Kat bawah ni merupakan Kek Marble dari Bulan Madu Boutique. Mimi pun dah cuba makan dan yang paling best ialah kek ni memang sedap sangat! Tengok ni pun dah buat Mimi craving. Em. K.


Outfit cantik yang Mimi pakai ni pulak haruslah dari Bulan Madu Boutique tau! From top to the bottom. Semuanya dari Bulan Madu Boutique, instant shawl, top dan palazo. Memang best! :D

Yep, Bulan Madu Boutique antara butik yang dah jadi pilihan Mimi untuk shopping! Hihi.


Pabila seorang Mimi dah rambang mata nak pilih pakaian mana satu.


Last but not least, yang ni pulak instant shawl dari Bulan Madu Boutique! Instant Shawl tak sampai 5 minit. Mudah dan cepat siap pun korang boleh dapatkan kat sini tau.


Untuk pertanyaan atau lebih lanjut mengenai Bulan Madu Boutique boleh ke details seperti berikut :
.

Facebook : Bulan Madu Butik

Alamat : Bulan Madu Boutique, Lot 9342, Jalan Kemaman - Kuantan, Jakar, 24000, Kemaman.




Comments

Popular Posts