Involve Asia Workshop Di Lorem Ipsum, Kuala Lumpur.

Assalamualaikum dan hi :)

Baru-baru ni, Mimi telah dijemput oleh Involve Asia untuk menyertai event Involve Asia's Affiliate Workshop. Sejujurnya ini adalah kali kedua Mimi telah dijemput untuk menyertai event affiliate workshop.

Event Involve Asia's Affiliate Workshop ini telah diadakan pada 19hb Ogos 2016 yang berlangsung di Lorem Ipsum, Bangsar, Kuala Lumpur.

Involve Asia
Sebelum tu, korang pernah dengar atau tahu tak apa itu Involve Asia Affiliate? Haa, sedikit ringkasan mengenai Involve Asia. Involve Asia merupakan e-commerce marketing dimana dengan menyertai program affiliate korang boleh buat duit dengan mudah. Korang tak payah keluarkan modal pun cuma promote je! Haa :)

Best kan?

So, kalau korang nak tahu lebih details pasal Involve Asia Affiliate ni, korang ni klik je sini tau, Involve Asia.

Website Involve Asia : http://involve.asia/

Berbalik kepada cerita kita tadi, semasa event Involve Asia ni berlangsung, Mimi sampai kat situ agak lewat jugak lah. Lebih kurang sejam terlambat atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. :'(

 Tapi apa-apa pun thanks a lot to Involve Asia sebab sudi jemput Mimi.


Masa Mimi sampai sedikit explanation telah diberikan daripada pihak Involve Asia mengenai program affiliate.


Hah, nampak tak? Salah satu top products dari Involve Asia merupakan Lazada! Memang terbaik lah :)


Kat bawah ni pulak gambar masa suasana event ni berlangsung di Lorem Ipsum, Bangsar. Ramai juga blogger yang join sama.

Emm, k, ni nak cerita pasal Lorem Ipsum iaitu dimana tempat affiliate ni berlangsung. Memula, Mimi ingatkan tempat ni besar. Sebelum kesana, Mimi adalah juga survey-survey dulu tempat ni. Tengok kat google kat instagram semua. Rupanya bila dah sampai sana, ohh cafe rupanya! Tak sebesar  seperti yang kusangkakan.

So, bila dah reramai camni, dalam tu opkos lah agak padat sedikit kan. Hihi.

Tengok gambar kat bawah ni. Ramai kan? Ni Mimi belanja sikit suasana dalam Lorem Ipsum.



Mimi gigih dengar explanation. Fuhhhh! Kemain.


Lagi satu, yang bestnya Lorem Ipsum ni kan, ianya bukan sebarang cafe tauu. Means bukan sekadar tempat lelepak Minum kopi tu. Tak sama sekali!

Tapi Lorem Ipsum ni merupakan Art & Cafe! Lebih kurang centu lah. Kat cafe ni juga ada Art Workshop! No wonder lah, dalam ni ada banyak lukisan lelawa! Dekorasi dalam tu pun macam unik sikit.

Lawa! Tu je boleh cakap! :D

Haa, Art Workshop kat sini bukan je untuk orang dewasa tau. Tapii kanak-kanak pun boleh! Tengok tu ada art tools untuk kanak-kanak. Lepas tengok ni, Mimi pun rasa nak join art workshop. Best best!


Salah satu, ruangan Art yang ada dalam tu. Ni je yang Mimi sempat snap!


Say cheese! Snap!

Mimi pun nak posing juga dekat Lorem Ipsum ni! Hihi


So, tu jelah untuk harini. Thanks again Involve Asia sudi menjemput Mimi!

Terima kasih sudi baca, jangan lupa komen diruangan komen dibawah tau.

Till then!

XOXO














Comments

atiehilmi.com said…
akak baru sign up Involve Asia nih.. hee~ memang boleh carik makan la serba sedikit..
SIQAHIQA said…
First time dengar benda ni. Nak kaji dulu. Tq for sharing :)

Popular Posts