Shopping Online Murah Di ezbuy Malaysia!

9/21/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Shopping Online Murah Di ezbuy Malaysia | Hai korang, harini Mimi nak share dengan korang salah satu laman web online shopping yang murah di Malaysia iaitu ezbuy (KLIK SINI). Macam Mimi kekadang kalau Mimi nak beli sesuatu barang dan malas nak kuar rumah kan. So, Mimi lagi suka untuk membeli online. Tambahan lagi, tempat tinggal Mimi ni agak jauh dari pusat membeli belah.

Mimi pun pilih ezbuy Malaysia sebagai tempat untuk membeli belah secara online! Haa. Kemain membeli belah. Hahaha

Selain itu, sebenarnya bila kita beli barang secara online ni kekadang lagi senang untuk kita pilih barang sebab mudah dan cepat.

Jom Mimi share dengan korang cara mudah untuk shopping online dengan ezbuy ni. Korang ada dua pilihan tau samada mahu membeli terus melalu laman web ataupun korang cuma perlu memuat turun aplikasi ezbuy pada gajet korang je.

Mimi prefer untuk memuat turun aplikasi pada gajet. Sebab lagi cepat. Gajet memang konfem sentiasa ada pada tangan korang kan. Haha.

So, ni caranya.

Memula sekali, apa yang korang perlu buat ialah korang hanyalah perlu download ataupun memuat turun aplikas ezbuy pada gajet korang. Macam gambar kat bawah ni.

ezbuy Malaysia
Bila dah muat turun, korang register dulu apa yang patut. Once dah berjaya register, korang pun log in je lah akaun ezbuy korang tu dan akan keluar macam ni. 

Masa nak beli barang, korang pergi dekat search or product URL tu untuk pilih barang yang korang nak beli.



Haa, macam-macam ada kan. Ok, Mimi pilih mekap untuk shopping di ezbuy. Hihi :D

Kemudian, search je barang yang nak korang, scroll ke bawah sampai jumpa mana yang berkenan di hati.




Mimi pilih Bioaqua Aloe Vera Lip Balm! Ce tengok harga tu? Murah je kan. Tak sampai sepoloh hinggit pun lip balm nya. Kuikui

Dah pilih korang pun klik button troli tu untuk beli.





Dah tekan troli, akan keluar macam ni. Ni ialah item subtotal yang korang beli. Kalau korang beli dua tiga barang ke atas jangan lupa tengok item subtotal korang berapa. Kan terlebih bajet pulak. Eh :D

Kemudian, tekan 'Next' untuk prosedur seterusnya.



Yang ni ialah 'Delivery Methods' dimana korang hanya perlu pilih jelah macam mana cara untuk penghantaran ke tempat korang kan. Senang je. 




Dah pilih delivery method, masukkan 'New Address' dan bila dah siap tekan je 'Done'.


Bila dah klik 'Done', korang pun 'PAY' lah! Hihi.


Dah siap pay, jangan lupa tekan confirm lagi sekali untuk pengesahan ye. Ni kiranya cek untuk kali terakhir lah. Kot ada yang terlebih beli atau terkurang ke kan.



Dah confirm? So, siaplah order korang. Haa, senang sangat kan. Kemudian, apa lagi? Em, takde apa dah lah, kita tunggu je barang sampai terus ke rumah. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh je terus ke, laman web ezbuy : https://ezbuy.my/https://ezbuy.my/.

atau


atau











You Might Also Like

1 comments