Tips Memilih Bedak Asas Yang Tepat (Foundation).

7/26/2017

Assalamualaikum dan hi :)

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Bukan? Beberapa hari lepas Mimi ada belek belek majalah yang Mimi dah lama beli. Tapi lepas baca tips kecantikan ni tetiba rasa macam tertarik pulak nak kongsi artikel/tips ni dengan korang. So, lets get started! 

Tips Memilih Bedak Asas Yang Tepat



1. Pilih warna yang terdekat dengan warna kulit anda. Jika ia tidak kelihatan pada kulit anda, bermakna anda sudah memilih warna yang betul.

2. Jangan pilih bedak yang terlalu cerah dari kulit anda. Pemilihan bedak cerah akan membuatkan anda kelihatan seperti 'tepung gomak'.

3. Sapukan bedak asas menggunakan span atau hujung jari.

4. Bagi yang memiliki kulit wajah yang kering, anda boleh mencampurkan bedak asas dengan beberapa titik pelembab di tapak tangan sebelum meyapukannya di muka. Contohnya seperti argan oil. Ia membuatkan bedak meresap lebih sempurna pada kulit wajah.

5. Tidak perlu memakai bedak asas yang berlebihan kerana ia membuatkan anda kelihatan tidak semula jadi.

6. Sekiranya bedak asas berlebihan pada wajah, ratakan dan kemaskan dengan menggunakan hujung jari atau span.





Itu jelah ye sedikit sebanyak tips yang Mimi mampu kongsikan dengan korang. Semoga tips ni dapat memberikan manfaat untuk para wanita di luar sana supaya lepas ni kalau nak beli atau pakai bedak asas, korang boleh pilih yang bebetul sesuai dengan kulit korang. Hihi. Papepun, terima kasih sudi baca! Kalau ada tips-tips lain yang menarik lagi, nanti Mimi kongsi dengan korang tau. Stay tuned for the next entry yaa.

You Might Also Like

0 comments